. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Cara Penjagaan Rahim

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Rahim diciptakan Allah khas untuk wanita sebagai wadah pertumbuhan janin yang bermula dari nutfah, kemudian menjadi alaqah dan mugdah. Seterusnya ia berkembang dan membesar membentuk organ2 dan anggota yang sempurna dan akhirnya ditiupkan roh dalam umornya 120 hari. Semua peroses ini berlaku dalam perlindungan dan naungan rahim.

Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi.
Rahim ini ditimpa tumbuhan adenomyosis dan membesar saperti hamil 5 bulan. Gejala yang dialami pesakit ialah senggugut teruk, perdarahan banyak serta jadi mandul. Sungguh menyedihkan bila situasi begini berlaku. Tumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim ialah fibroids. Walaupun ia boleh menimbulkan gejala yang sama tetapi ia boleh dibuang bedah dan dipulihkan kemampuan untuk hamil.

Cara-cara Menjaga Rahim

1. Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga – ibu, nenek, ibu saudara adik beradek perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, munkin menyumbang 10% kepada faktor2 penyebab. Elakkan dan jauhkan dari faktor-faktor penyebab yang timbul dari sekitaran.

2. Fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil awal dalam umur muda boleh mencegah dari tumbuhan fibroids dan adenomyosis. Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000 kali normal. Lepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal. Peroses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari tumhuban.Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam tumbuhan fibroids dan adenomyosis.

3. Rahim sangat dipengaruhi dengan dua hormon wanita iaitu estrogen dan progesterone.
Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia) progesterone meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel-sel otot rahim (myometrial hypertrohy).
Kedua-dua hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim.

4. Faktor-faktor yang mengganggu imbangan hormon. Sering tahap estrogen tinggi dan progesterone rendah yang menyebabkan penyakit. Diantara faktor-faktor ialah tekan fizikal, stress mental dan gangguan emosi. Pemakanan yang terlebih gula dan karbohaidrat, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemukkan (obesity) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen meningkat tinggi sedangkan progesterone berkurangan. Tangani dan kawal semua jenis stress.

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

5. Penjagaan rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak. Sering anak-anak perempuan dijangkiti kuman diluar farajnya akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah ketahanan / immunity disebabkan tidak suka makan sayur dan buah-buahan. Jika menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge , basuh faraj dengan air garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita. Beri supplemen vitamin C (chewable) disamping multivitamin sirap dan minyak ikan kepada anak-anak perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur remaja. Supplemen tersebut akan meningkatkan ketahanan / immunity untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya dirahim.

6. Kegemukkan perlu dikawal dari umur kanak-kanak dan remaja. Dewasa ini kanak-kanak terlalu minat makan junk dan fast foods. Ibu bapa layani kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang. Remaja mula dilanda kegemukkan bila berlajar disekolah2, kolej2 dan universiti berasrama. Mereka makan terlalu banyak makan segera kononnya tidak berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan. Bermula disini gangguan haid berlaku, samada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidak seimbangan hormon-hormon wanita dan akhirnya merosakkan rahim.

7. Remaja perlu dididik menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak kedalam maksiat perzinaan kerana ramai yang terjerat dengan berbagai gejala saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakkan dan akhirnya rosak rahim dan jadi mandul apabila kahwin kelak.

8. Banyakkan zikir dan berselawat waktu haid. Perdarahan haid atau ‘datang kotor’, ‘datang bulan’. Berbagai panggilan untuk haid. Memang ada disebut dalam quran wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan suami dilarang melakukan hubungan selagi isteri belum bersih dan telah mandi junub. Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid ‘tumpah / melempah’ kebelakang rahim. Fenomina tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat sistem pembersih darah haid. Bila sistem ini gagal akibat penurunan immunity ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stress, darah haid menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis.

9. Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan betakung dibelakang rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Oleh sebab itu ketika haid wanita tidak boleh solat dan baca quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.

10. Banyak makan makanan yang membantu dalam jagaan rahim diantaranya nenas yang mengandungi enjim bromalin dan betik yang mengadungi enjim papase. Kedua enjim berperanan untuk membersih darah kotor dibelakang rahim. Makanan tradisi sudah dilupakan. Keledek merah membekal sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim.
Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti inflammatory juga berperanan menjaga rahim.
Perbanyak makan sayur2 khususnya yang hijau saperti bayam, sawi, pucuk paku, kobis, kacang, karot, brokoli , taugeh dan lain2.

Banyak makan buah-buahan saperti jambu, oren, mangga, epal, nenas, betik, dan buah naga. Makan pelbagai kacang saperti peanut, gajus, almond, walnut dan lain2. Baik juga dimakan bersama2 kismis dan kurma.
Makan lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain2. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioxidant yang boleh mencegah penyakit. Amalkan minum susu kambing setiap hari.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗