. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Cara Mudah Tangani Bayi Menangis

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Cara Mudah Tangani Bayi Menangis
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Sebelum ini, kita pernah membincangkan tentang kolik iaitu bayi sihat dengan episod tangisan berpanjangan yang memenuhi ciri-ciri: mula banyak menangis seawal usia tiga minggu, tiga jam sehari, tiga hari dalam seminggu, tiga minggu berturut-turut dan selalunya berakhir selepas usia tiga bulan. Bayi bukan kolik juga sebenarnya berpotensi menangis berpanjangan dan sukar ditenteramkan dalam beberapa kejadian kecil terutamanya pada tiga bulan pertama. Kenapa? Kerana bayi sangat mudah merasa “overstimulate” (letih) dengan semua perkara yang berlaku disekelilingnya merangkumi bunyi, cahaya, sentuhan serta perubahan drastik terhadap jadual rutinnya seperti jadual makan dan tidur, suasana serta orang asing.

Cara untuk mententeramkannya? Cuddle Cure! Ia adalah kombinasi 5S ( The 5 S’s technique ) kerana kesemua teknik ini bermula dengan abjad ‘S’. 5S ‘meniru’ kesemua sensasi yang disediakan rahim untuk bayi selama sembilan bulan. Sensasi-sensasi inilah yang dibuktikan mengekalkan fetus bertenang selama di dalam rahim atau jika tidak, dapatkah anda bayangkan jika fetus ‘mengamuk’ ketika di dalam rahim?

Cuddle cure merangkumi kombinasi:

1. Swaddle
Membalut bayi dengan kemas dan ketat. langkah pertama ini bertujuan mengekang gerakan tidak terkawal tangan dan kaki bayi yang sedang mengamuk seterusnya memudahkan bayi memberi tumpuan kepada perlaksanaan 4S yang lain.

2. Side/Stomach Position
Memegang bayi secara mengiring atau diperutnya. Ia juga di panggil ‘fetal postion’ merujuk posisi bayi semasa di dalam rahim.

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

3. Ssshing
Membuat bunyi ‘Ssshhhh’ yang kuat dalam jarak dekat dengan telinga bayi. Ia meniru bunyi berirama yang dicetuskan gabungan aliran deras darah ke setiap salur darah ibu pada setiap saat, degupan serta buka tutup injap jantung ibu, bunyi proses pencernaan yang berlaku dalam usus ibu serta bunyi dari luar rahim yang hampir tidak ditapis sebelum menerobos masuk ke dalam rahim. Irama semulajadi rahim ini telah menemani bayi selama lebih sembilan bulan yang lepas!

4. Swing
Menghayun bayi dengan intensiti hayunan yang berpadanan dengan kekuatan tangisan bayi. Bayi terbiasa ‘dihayun’ ketika masih di dalam rahim, setiap kali ibu bergerak.

5. Sucking
Membiarkan bayi menghisap pada puting atau jari yang bersih.

Cara Mudah Tangani Bayi Menangis

Cuddle cure yang dibuat dengan sempurna mampu mengaktifkan reflek bertenang bayi, dalam masa yang amat singkat. Kerana itu ia digelar suis tutup tangisan bayi. Namun, ia perlukan tunjuk ajar dan tidak akan sempurna melalui pembacaan semata. Maka, selain itu cubalah beberapa alternatif mententeramkan bayi di bawah:

  • Menaiki kereta; beberapa pusingan singkat sudah mampu mententeramkan.
  • Urut, berkesan jika bayi belum di puncak tangisan.
  • Ambil angin luar; bersiar-siar sambil mendukung atau menggunakan kereta sorong.
  • Mandikan dengan air suam tak perlu lama. Setelah bayi tenang, lap dan sapukan minyak lavender sebelum mendodoi bayi untuk tidur. Selamat mencuba.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Cara Mudah Tangani Bayi Menangis

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗