. . .
Susu Kambing Sunnah - Minuman Kegemaran Dunia

Cara Berhadapan Dengan Ibu Yang Baru Keguguran

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Cara Berhadapan Dengan Ibu Yang Baru Keguguran
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Cara Berhadapan Dengan Ibu Yang Baru Keguguran.

Bila berhadapan dengan seorang ibu yang baru saja keguguran, kehilangan anak dalam kandungan sebelum sempat dilahirkan, ataupun anak yang dilahirkan meninggal sebaik saja lahir ke dunia, semestinya lidah terasa kelu tak tahu nak cakap apa. Kan?

Sedangkan nak cakap satu ayat pun rasa susah takut nanti menyinggung hati si ibu pulak. Apatah lagi nak cakap banyak-banyak. Ibu tu sedang mengalami perubahan emosi yang turun naik macam gelombang ombak yang ganas. Jadi kalau boleh memang nak elak daripada tersalah cakap.

Cara Berhadapan Dengan Ibu Yang Baru Keguguran.

Alhamdulillah saya ibu kepada sepasang anak yang sihat. Seorang boy dan seorang girl. Tapi sebelum tu, 7 tahun lalu saya pernah mengalami kehilangan anak masa usia kandungan dah cecah 38 minggu 2 hari. Anak sulung saya tiba-tiba je meninggal dalam perut. Unexplained stillbirth.

Baby first saya tu boy. Merupakan cucu sulung kedua-dua belah keluarga dan juga cicit sulung sebelah keluarga suami. Semua orang tertunggu-tunggu kelahiran baby ni. Perasaan saya masa hadapi semua tu? Oh, rasa macam separuh nyawaku dibawa pergi. Pedih sangat. Rasa macam dalam mimpi. Tak percaya. So surreal.

Saya ambil masa nak pulihkan emosi dan semangat saya. Sokongan orang sekeliling terutamanya suami sangat membantu saya sepanjang tempoh recuperating (pemulihan). Samada anda adalah suami, ahli keluarga, saudara-mara ataupun kawan-kawan, kalau berdepan dengan ibu yang baru kehilangan anak dalam kandungan ataupun keguguran, boleh jadikan points yang saya kongsikan di bawah sebagai panduan:

 

1. Innalillah. Takziah…

Ucapan takziah ataupun innalillah, sebenarnya adalah ‘hadiah’ untuk meringankan bebanan perasaan yang dialami ibu. Bila kita beri ucapan ini, secara tak langsung kita beritahu si ibu yang kita sedar dengan dugaan yang melanda dan turut berkongsi rasa sedih.

 

2. Semoga awak sabar dan tabah

Berikan kata-kata doa kepada ibu supaya lebih tabah, sabar, redha dan bersangka baik dengan ketentuan Allah. Sudah pasti ada hikmahnya atas setiap perkara yang berlaku. Ini membantu ibu untuk pelan-pelan menerima takdir dan melepasi fasa denial secepat mungkin.

 

3. Bertuahnya awak ada ahli syurga, jelesnya saya!

Anak yang meninggal dah berada disyurga (sebagai orang Islam kita percayakan ini) dan menunggu untuk memberi syafaat dan tarik ibubapa dia ke syurga pulak nanti. Bukan semua orang dapat anugerah macam ni.

 

4. Lepas ni awak fokus untuk sihat semula, nanti boleh bagi Adik pulak ok ?

Bagi ibu, setiap anaknya tu adalah perfect dimata dia dan takde siapa boleh ganti tempat tu. Beritahu ibu untuk jaga kesihatan diri baik-baik, banyakkan rehat, elakkan stress dan jangan sesekali putus asa. Lepas ni boleh cuba lagi untuk conceive dan boleh beri Adik kepada kakak/ abang yang meninggal tu.

 

5. It’s ok, memang ramai ibu yang pernah alami keguguran

Katakan kepada si ibu, keguguran dan kejadian bayi meninggal sebenarnya pernah dialami oleh ramai ibu lain. Ada yang pernah alami bukan sekali tapi berkali-kali! Tapi lepas tu masih dapat lahirkan anak-anak lain yang sihat-sihat. So, you are not alone. Dan jangan sesekali rasa serik!

Cara Berhadapan Dengan Ibu Yang Baru Keguguran.

6. Fikirkan yang positif dan yang baik-baik saja

Ada ibu meninggal semasa melahirkan tapi bayinya selamat. Lagi kesian kalau berlaku macam ni. Sebab bukan saja baby terpaksa membesar tanpa ibu. Tapi mungkin juga anak-anak yang lebih besar yang dah faham erti kehilangan. Bayangkan, suami terpaksa uruskan rumah tangga dan anak-anak sendiri? Sekurang-kurangnya ibu masih ada suami dan anak-anak di sisi dan boleh cuba untuk hamil lagi.

 

7. Saya faham apa awak rasa sebab saya pun pernah mengalaminya

Kalau anda ada pengalaman yang serupa atau hampir sama, boleh kongsikan dengan si ibu. Bila dengar pengalaman orang lain boleh buat ibu rasa lebih tenang dan selesa. Boleh juga kongsi pengalaman orang lain yang anda kenal. Kalau anda takde pengalaman, boleh cuba point di bawah ni…

 

8. I’m here to listen and I can lend you my shoulder for you to cry on

Benarkan ibu untuk meluahkan kesedihannya. Kadang-kadang bukannya ibu tak boleh menerima atau tak faham erti qada dan qadar. Tapi bila sedih sangat, ada ibu rasa perlu bercakap dan luahkan segala apa yang dia fikir dan rasa. Just for the sake of saying it. Biarlah dia merintih. Masa tu emosi ibu mengatasi fikiran.

Sebab ibu tu sendiri nak cuba kawal emosi dan hindarkan daripada bersedih pun susah tak tahu nak hentikan macam mana. Macam saya dulu terfikir kalau lah ada ubat boleh turn-off rasa sedih tu kan senang. Memang letih menangis ni. Tapi bersedih ni adalah proses pemulihan yang normal.

Jadi pendengar yang baik. Lepas habis dia cakap, barulah boleh ingatkan ibu untuk bersabar, banyakkan istighfar, bersolat dan berdoa. Secara tak langsung anda bantu kawal emosi ibu agar tak sedih berlebihan dan berpada-pada melayan perasaan.

 

9. Allah beri dugaan hanya kepada mereka yang mampu

Dugaan setiap orang berbeza-beza. Allah memberi ujian mengikut kemampuan masing-masing. Katakan kepada si ibu untuk buktikan yang dia boleh ‘lulus’ ujian ini dengan baik. Anda boleh kongsikan kisah-kisah dugaan yang lebih besar menimpa orang lain agar ibu lebih redha dan bersyukur kerana kehilangan anak dengan cara yang baik.

 

10. JANGAN bertanya macam-macam soalan

Memanglah kita sendiri terkejut dengan apa yang berlaku. Tak salah nak tanya bagaimana baby boleh meninggal. Tapi tak perlu lah tanya banyak-banyak dan mempertikaikan apa yang dah berlaku. Contohnya:

  • Takkan lah tak rasa ada pergerakan baby ke tak?
  • Kenapa tak pergi hospital cepat?
  • Takkan tak dapat kesan apa-apa yang rasa pelik sepanjang mengandung?
  • Kalau tak mesti baby ada lagi sekarang kan
  • Kalau tak… Kalau tak… Kalau tak… Kenapa… Kenapa… Kenapa…
    Eh banyaknya!

Cukup-cukup lah. Lagi baik tak payah tanya apa-apa. Mesti ingat. Setiap bayi sebelum lahir lagi dah ditetapkan bila lahir dan bila tiba ajalnya. Sekiranya ibu ambil tindakan berbeza, ajal baby tetap sampai pada waktu dan ketika itu.

Cara Berhadapan Dengan Ibu Yang Baru Keguguran.

11. JANGAN salahkan ibu atau bapa baby

Setiap anak yang lahir adalah bersih dan suci daripada dosa. Jangan sesedap mulut menghakimi dengan mengatakan dugaan yang diterima adalah sebagai balasan dosa-dosa lalu. Ataupun mengatakan sebab-sebab yang tak munasabah yang menjadi punca kenapa ianya terjadi contohnya:

  • Ni mesti sebab ibu suka makan sushi dan buah-buahan sejuk. (Hmmm…)
  • Ni mesti sebab menurun daripada sepupu kepada mak saudara kepada suami yang pernah keguguran juga. (Tang mana yang berkaitnya entah?)
  • Ni mesti sebab makna nama yang nak diberi tu berat sangat baby tak sanggup nak bawa nama tu. (Pun boleh?)
  • Apa pun sebabnya itu adalah rahsia Allah. Lebih baik galakkan ibu dan bapa yang bersedih untuk memandang kejadian daripada sudut positif.

 

12. ELAKKAN buat lawak secara tiba-tiba yang takde kena-mengena

Ada seorang kawan saya buat seolah-olah macam takde apa yang berlaku bila bercakap dengan saya. Siap buat lawak lagi. Mungkin dia rasa nak alihkan fikiran saya daripada teringatkan baby. Tapi masa tu saya masih betul-betul difasa awal kesedihan. Lawaknya tak kena masa. Memang takde rasa nak tergelak. Lebih baik kongsikan empati dengan si ibu, itu lebih baik dan menghormati perasaan ibu.

 

13. Awak ambil lah sebanyak mana masa awak nak tapi jangan lama-lama sangat untuk naikkan semangat balik!

Merawat hati yang terluka sebab kehilangan orang yang tersayang memang ambil masa. Tempohnya berbeza-beza ikut individu. Ada yang beberapa hari saja, ada yang berminggu dan ada yang berbulan-bulan mahupun tahun. Tapi kalau boleh janganlah terlalu lama sangat.

Ingatkan ibu untuk tingkatkan amalan rohani untuk pemulihan dalaman, jaga pemakanan, jaga kesihatan, bersenam, pergi bercuti, banyakkan rehat, sibukkan diri dengan hobi, buat perkara yang menyeronokkan dan sebagainya. Semua ni dapat bantu ibu untuk bounce back to normal secepat mungkin.

Berpantang kali pertama dulu memang bosan sebab takde baby. Duduk rumah asyik terkenang dan terbayangkan kehidupan yang saya harapkan (tapi tak kesampaian) bersama baby di rumah. Jadi saya betul-betul berpantang selama 2 minggu saja. Lepas tu saya dah mula travel. Memang seronok!

 

14. Saya hadiahkan buku ni untuk awak baca, best sangat!

Walaupun saya berpantang tanpa baby di sisi tapi ada juga kawan-kawan yang beri hadiah. Ada sorang kawan hadiahkan buku berpantang. Dia kata saya mesti cuba resepi berpantang yang sedap-sedap dalam buku tu. Nanti boleh cepat sihat.

Ada kawan yang hadiahkan selimut dan mainan untuk baby (sebab diorang dah beli awal-awal dan niatkan untuk baby saya). Diorang kata simpanlah nanti boleh guna untuk Adik kepada arwah baby. Saya rasa macam diorang memberi harapan kepada saya untuk mengandung lagi. Saya rasa seronok sebab dapat merasa seperti diraikan macam ibu-ibu lain yang baru lepas bersalin walaupun baby saya dah takde.

 

15. Saya belikan makanan yang awak suka, sedap tau!

Ibu yang tengah bersedih selalunya rasa tak nak buat apa-apa pun apatah lagi nak masak, melainkan rehat dan tidur saja. Jadi bila ada orang belikan makanan kegemaran yang sedap-sedap, ibu mesti rasa happy. Sebab makan itu menggembirakan hihi ? Walaupun berpantang tapi sebenarnya banyak je makanan yang sedap-sedap ibu berpantang boleh makan.

Tak perlu strict sangat. Benarkan ibu untuk enjoy the extraordinary confinement period without a baby dengan cara tersendiri. Bila ibu happy, hormon gembira banyak dihasilkan dan boleh mengurangkan stress serta kesedihan ibu. Eh tapi janganlah cowboy sangat langsung tak macam orang baru lepas bersalin. Ingat, pemulihan fizikal dalaman kena jaga!

Cara Berhadapan Dengan Ibu Yang Baru Keguguran.

16. Kalau awak rasa dah bersedia, boleh lah move on

Sebelum bersalin, saya dah siapkan rumah dengan barangan bayi termasuklah set up baby cot, bakul baju dan lampin, bouncer dan lain-lain. Hanya selepas hampir sebulan bersalin baru saya bersedia nak kemas dan simpan semula semua equipments tersebut. Selimut baby yang digunakan pada arwah baby pun hanya selepas sebulan baru saya basuh. Iaitu masa saya dah bersedia nak let it go dan move on.

Kalau ibu tersebut kali pertama bersalin, boleh kongsikan cara untuk akses support group seperti forum, group online atau offline, nombor contact doctor pakar sakit puan dan sebagainya untuk ibu berbincang, berkongsi cerita, mendapatkan konsultasi dan mendapatkan maklumat. Ini sangat membantu ibu untuk menguatkan lagi mental dan emosi serta fizikal sebagai persediaan sebelum mengandung sekali lagi.

 

Generally ini lah sebahagian point-point penting yang dapat saya kongsikan daripada perspektif seorang ibu yang pernah merasai sendiri pengalaman kematian anak. Setiap ujian adalah berbeza-beza bagi setiap individu dan bagaimana setiap ibu menangani kesedihan masing-masing juga adalah berbeza-beza. Jadi, anda boleh gunakan 16 points ini sebagai panduan. Ubah suai ikut keadaan dan situasi sebab mungkin ada yang sesuai dan ada yang tak.

Untuk ibu-ibu yang mengalami keguguran, kehilangan anak yang dikandung sebelum sempat dilahirkan ataupun bayi meninggal sebaik saja dilahirkan walaupun dah cukup 9 bulan 10 hari mengandung, ingatlah anda adalah ibu bertuah kerana terpilih untuk memiliki ahli syurga.

Kita selalu risau macam mana lah nasib anak-anak kita bila kita dah takde nanti. Tapi sepatutnya kita perlu lebih risau bagaimana dengan nasib mereka bila mereka dah takde nanti. Bersyukurlah kerana arwah bayi anda pergi dengan cara yang terbaik tanpa secalit dosa.

Berbaloi lah dengan harga kehilangan yang perlu dibayar. Sebab syurga tu mahal harganya. Sabar lah ibu. Suatu hari nanti pasti bertemu juga di sana, insyaAllah ?

Perkongsian dari Puan Hazrina Nasir.

 

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Cara Berhadapan Dengan Ibu Yang Baru Keguguran.

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗