. . .
Susu Kambing Sunnah - Minuman Kegemaran Dunia

Cara Bantu Anak Cirit Birit

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Cara Bantu Anak Cirit Birit
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing Sunnah - Minuman Kegemaran Dunia

Siapa yang tidak risau kalau anak asyik buang air besar sahaja. Biasa tukar lampin dalam tiga hingga empat kali sehari tetapi bila kena cirit-birit boleh mencecah sehingga tujuh kali tukar lampin.

Pembuangan air besar yang normal bagi bayi banyak bergantung kepada sama ada dia minum susu ibu atau susu formula.

Apa Punca Cirit-birit?

Cirit-birit disebabkan virus yang bergelar rotavirus. Hampir semua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini sekali sebelum mereka berusia lima tahun. Rotavirus menyebabkan gastroenteritis iaitu satu jangkitan usus.
Jangkitan ini akan menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu di usus terus tanpa menyerap sebarang nutrien.

Cirit-birit juga boleh berlaku disebabkan faktor seperti:

  1. Alergi terhadap sesetengah makanan.
  2. Penyediaan susu formula yang tidak mengikut piawaian.
  3. Selesema.
  4. Pengambilan antibiotik.
  5. Keracunan makanan.
  6. Kekurangan enzim tertentu.

 

Cara Bantu Anak Cirit Birit

Apa Simptom Cirit-birit?

Jika bayi anda mengalami cirit-birit, pantau keadaannya dalam masa 24 jam. Jika serangan cirit-birit tidak serius, ia biasanya akan berhenti dalam masa beberapa jam tetapi ia patut membimbangkan sekiranya cirit-birit si kecil berlaku berterusan selama lebih daripada dua hari, segeralah bawa anak berjumpa doktor kerana bimbang si kecil akan mengalami penyahhidratan.

Antara tanda-tanda anak mengalami penyahhidratan adalah:

  • kulit atau bibir kering.
  • letih dan lesu.
  • ubun-ubun mengecut (bayi bawah setahun).
  • menangis tanpa air mata.
  • kaki dan tangan pucat.
  • air kencing berwarna kuning pekat.
  • kurang kencing berbanding biasa.

 

Apa Yang Perlu Dilakukan?

1. Pastikan banyak minum air

Jika bayi anda berusia bawah enam bulan, teruskan memberinya susu ibu. Susu ibu boleh mencegah pembiakan mikro-organisme yang menyebabkan cirit-birit. Sekiranya bayi berusia enam bulan ke atas dan sudah makan makanan pejal, pastikan bayi anda minum banyak cecair untuk mengurangkan simptom dan mengelakkan daripada ternyahhidrat.

2. Beri air garam rehidrasi

Biasanya doktor akan membekalkan air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) kepada bayi berusia enam bulan ke atas. Anda boleh bagi anak minum beberapa kali dalam sejam mengikut nasihat doktor. ORS membantu mengembalikan cecair dan garam yang hilang daripada badan akibat cirit-birit. Di samping itu terus kerap menyusukan bayi seperti biasa.

3. Jangan minum jus buah

Jus buah, air glukos atau minuman berkarbonat (gula yang tidak terserap akan menarik air ke dalam usus kecil dan menyebabkan cirit-birit semakin teruk).

4. Jangan beri ubat cirit-birit

Walaupun bayi anda mengalami cirit-birit tetapi jangan sekali-kali memberinya ubat cirit-birit kerana ia ditakuti boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius sekiranya diberi kepada kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

5. Jangan hantar ke taska/pengasuh

Bagi mengelakkan sebarang jangkitan kepada kanak-kanak lain, jangan letak anak di taska atau pengasuh sehingga sekurang-kurangnya 48 jam selepas berakhirnya simptom cirit-birit yang dialaminya.

6. Jangan berenang!

Jika anak anda biasa berenang, seeloknya rehatkan dia dulu daripada aktiviti berenang untuk tempoh dua minggu seterusnya sehingga dia benar-benar sembuh.

Untuk mengurangkan sebarang risiko jangkitan cirit-birit, pastikan anda sentiasa mengamalkan kebersihan dalam semua aspek kehidupan kerana bakteria penyebab cirit-birit mudah berpindah daripada tangan ke mulut. Oleh itu pastikan anda mencuci tangan bersih-bersih selepas menggunakan tandas dan selepas menukar lampin bayi.

Cara Bantu Anak Cirit Birit
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗