. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Bantu Ibu Hamil Tidur Nyenyak

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

Ketika perut belum lagi membesar di trimester awal kehamilan, anda dapat tidur tanpa gangguan. Malah posisi tidur pun dapat dipelbagaikan tanpa banyak halangan. Namun, apabila bayi yang dikandung semakin membesar dari sehari ke sehari, maka saat itulah tidur terganggu dek kerana saiz perut, pergerakan bayi mahupun masalah kekejangan kaki.

Setakat ini belum ada penyelidikan lebih lanjut yang dilakukan berkaitan posisi tidur untuk wanita hamil. Walau bagaimanapun, pakar perubatan sangat menggalakkan anda untuk tidur secara mengiring terutamanya selepas minggu ke-16 kehamilan.

Dalam pada itu, sebaik-baiknya mengiring ke sisi kiri kerana posisi sebegini memastikan bayi mendapat aliran darah yang lebih lancar. Ia disebabkan inferior vena cava di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Dengan mengiring ke kiri, ia turut membantu buah pinggang menjalankan aktiviti perkumuhan dengan baik lalu mengurangkan masalah pembengkakan di bahagian kaki, pergelangan kaki dan tangan.

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

Tidur dengan posisi mengiring ke kanan juga baik. Jadi, anda boleh mengubah posisi ke kanan dan ke kiri agar tidur lebih selesa. Bagi yang kekok untuk tidur dalam posisi sebegini, ada baiknya mula membiasakan diri sejak di awal kehamilan lagi. Bagi mendapatkan tidur dengan posisi mengiring yang lebih selesa, anda boleh meletakkan bantal di antara paha dan di punggung. Anda juga boleh menggunakan bantal tidur yang disediakan khusus untuk ibu hamil.

Selepas hamil 16 minggu, anda tidak lagi digalakkan untuk tidur secara menelentang. Hal ini disebabkan anda akan meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus dan inferior vena cava. Tidur dalam keadaan posisi terlentang juga akan meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, menjejas sistem pencernaan, menyukarkan pernafasan dan mengganggu peredaran darah.

Selain itu, ia turut mempengaruhi tekanan darah. Ada segelintirnya mengalami penurunan tekanan darah hingga menyebabkan masalah pening kepala. Tidak kurang, ada juga yang mengalami peningkatan tekanan darah. Oleh kerana itu, jika anda mempunyai tekanan darah tinggi ketika hamil, posisi ini sama sekali tidak boleh dipraktikkan.

Bagi yang tiada komplikasi pula, anda masih boleh sekali-sekala tidur terlentang, tetapi jangan terlalu lama. Jika ingin bangun dari tidur secara terlentang pula, dinasihatkan agar tidak melakukannya secara mendadak.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗