. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Atasi Masalah Cacing

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Dari Catatan Seorang Doktor

Saya seorang petugas sebuah hospital. Pada minggu lepas saya bertugas di sebuah hospital di Ampang, seorang warga asing Islam Bangladesh datang membawa anaknya yang berumur 4 tahun. Pada mulanya saya menjangka anak ini demam sebab kelihatan sugul dan letih. Setelah berkenalan sebeberapa ringkas, bapanya telah memberitahu bahawa 2 hari lepas ketika anaknya membuang air besar, anaknya ada memberitahu terjumpa beberapa ekor “ular” di dalam najisnya.

Bagai tidak percaya, bapanya sendiri melihat, dan mendapati beratus-ratus ekor cacing kecil yang bergumpal, sebesar bola golf keluar dari punggung anaknya. Saya dengan rasa gerun (anda tak gerun ke tengok cacing keluar dari punggung manusia) pun memeriksa. Betul kata si ayah. Ada 6 ekor cacing halus (Pinworm : Enterobius Vermacularis) menggeliut di sekeliling lubang dubur.

Saya terus memakai sarung tangan, mengambil salotape dan melekatkannya di tempat cacing tersebut untuk mengalihkannya. Apa pulak saya nak buat dengan cacing ni pagi-pagi buta ni (pukul 2 pagi)? Nak hantar kat lab,mana ada lab. So saya pun buangnya ke dalam special bin. Saya cuba nak tunjuk kepada nurse saya, tapi mereka menolak dengan penuh “sopan”. Tak pernah-pernah sopan macam tu.
Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak. Terutama yang selalu keluar rumah tak pakai selipar, makan itu dan ini yang tidak dimasak atau separa masak, terutama di kawasan rumah yang kurang bersih atau seperti kawasan setinggan atau laman yang bertanah.

Cacing-cacing yang popular di Malaysia :

  • Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) – Besar macam gelang. Boleh masuk hati dan paru-paru.
  • Cacing kerawit (Necator Americanus) – Ada gigi tajam tapi kita tak nampak. Ia masuk melalui kaki. Kuat hisap darah
  • Cacing rambu atau cacing benang – Selalu melekat di kawasan dubur dan halus.
  • Cacing pita – Macam pita, pipih tapi panjang dan susah nak dibunuh.

*Masa kami belajar perubatan dulu kami diwajibkan mengenal cacing-cacing ni sebab masuk periksa. Sekali dia menguit, dah tahu jantan betina.

Antara tanda-tanda anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :

  • Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
  • Kegatalan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
  • Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
  • Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
  • Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
  • Demam, ruam-ruam badan, alahan
  • Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)

Apa yang anda perlu buat :

  1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
  2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah
  3. Potong kuku pendek
  4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
  5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
  6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
  7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
  8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
  9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada

.

Ada 2 jenis ubat cacing :

  1. Albendazole/mebendazole – Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya.
  2. Pirantel Pamoate – Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.

Oleh itu, kepada anda dan anak anda yang mepunyai masalah kecacingan atau mempunyai gejala-gejala di atas.. maka bolehlah datang ke klinik secepat mungkin. Jangan jadikan anda mangsa cacing.

Petua

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Oleh itu, cara untuk mengatasinya selain dari memberi makan ubat cacing yang diperoleh dari klinik, hospital atau farmasi, ibu bapa juga boleh mencuba ubat tradisional ini yang mudah dan senang diperoleh terutamanya di kawasan perkampungan iaitu daun pokok petai belalang.

Daun dan ranting pokok petai belalang, dibasuh bersih dan direbus. Kemudian diembunkan semalaman. Selepas itu, panaskan kembali air tersebut dan dimandikan pada waktu pagi sebanyak tiga kali. Diberi minum seteguk jika boleh, insyaAllah dapat membantu.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗