. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Anak Seorang Yang Pendiam

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing i~Sunnah™ - Kegemaran Dunia

Anak kecil yang pendiam kebiasaanya hanya jadi pendiam apabila ada orang asing berdekatan. Tapi jika bersama ahli keluarga, mereka tidaklah begitu pendiam. Mereka tetap boleh bercakap dan bercerita seperti rakan sebaya. Sifat pendiam ini kebiasaannya diwarisi dari ibubapa. Mereka belajar melalui pemerhatian sekeliling. Maka tidak ada salahnya untuk bersikap pendiam.

Tetapi sikap pendiam boleh dikatakan keterlaluan apabila:

  1. Tidak bercakap langsung dengan rakan atau guru.
  2. Sentiasa mengelak dari aktiviti berkumpulan.
  3. Guru mengadu kepada ibubapa yang anak tidak bercakap.
  4. Anak menangis apabila diajak juga untuk bercakap.

Sikap pendiam yang keterlaluan ini boleh jadi berpunca dari beberapa sebab:

  1. Kesan pengalaman trauma pada situasi lalu hingga memberi kesan psikologi.
  2. Kanak-kanak pernah mengalami masalah bertutur (gagap, pelat, lambat bercakap).
  3. Isu-isu psikologi yang bercampur seperti takut dan resah hingga bersikap mengelak dari situasi bercakap.

Susu Kambing i~Sunnah™ - Kegemaran Dunia

Sepanjang pengalaman saya bekerja dalam bidang terapi pertuturan ini, memang ada kes-kes yang pendiam keterlaluan sebegini. Ada yang berumur 5 tahun, 7 tahun, 9 tahun, 13 tahun dan sebagainya. Tidak semua dari mereka mengalami masalah perkembangan bahasa atau masalah pertuturan. Ada antara mereka hanya mengalami kesan psikologi semata-mata. Contohnya pernah didera oleh pengasuh, dibuli rakan tadika, dikurung dalam almari, ibubapa bercerai dan sebagainya.

Tetapi ada juga antara mereka yang memang menunjukkan ciri masalah pertuturan bahasa. Contohnya pelat, gagap dan lambat perkembangan bahasa berbanding rakan sebaya. Oleh itu, penilaian dari speech therapist bertauliah adalah amat penting untuk mengenal pasti punca masalah pendiam keterlaluan ini. Masalah ini juga dipanggil selective mutism.

Sekiranya tidak ditangani segera, ia akan memberi kesan buruk dan berpanjangan kepada psikologi kanak-kanak. Malah kesan psikologi semakin parah apabila mereka tidak langsung berasa inginkan perubahan. Mereka ingin kekal dan terus berada dalam zon selesa mereka itu. Namun hakikatnya, kehidupan selesa itu hanyalah berada dalam minda sahaja. Realitinya mereka sentiasa dihurung ketakutan dan keresahan.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗