. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Anak Mengalami Cirit Birit

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

Cirit – Birit
Cirit-birit selalunya terjadi dikalangan kanak-kanak. Biasanya ia akan sembuh dengan sendirinya tanpa menyebabkan komplikasi-komplikasi lain.

Apakah Cirit – Birit?
Cirit-birit bermaksud membuang air besar yang lebih lembik dan berair daripada biasa. Najis akan keluar lebih kerap daripada biasa.

  • Cirit-birit akut   – ia terjadi dengan tiba-tiba dan berterusan kurang daripada dua minggu.
  • Cirit-birit kronik– ia berterusan (berlarutan) melebihi dua minggu.

Apakah Penyebab Cirit – Birit?
Makanan atau air yang tercemar menyebabkan jangkitan pada usus dan cirit-birit. Terdapat sebab-sebab selain daripada jangkitan tetapi ini lebih jarang berlaku.

Sebab-sebab jangkitan:

  1. Tranmisi / penyebaran biasanya berlaku daripada makanan / air / benda yang tercemar kepada individu ataupun daripada seorang individu kepada individu yang lain.
    a) Virus       – Contoh : Rotavirus, Norovirus, Astrovirus.
    b) Bakteria – Contoh : Shigella, Campylobacter, Escherichia coli
    c) Parasit    – Contoh : Giardia lambdia, Entamoeba histolytica
    d) Bukan sebab-sebab jangkitan
  2. Kurang toleransi terhadap makanan – kurang toleransi terhadap laktosa.
  3. Reaksi terhadap ubat-ubatan – sesetengah antibiotik.
  4. Penyakit berkaitan usus – penyakit radang usus (inflammatory bowel disease), penyakit ‘coeliac’ di mana badan kurang toleransi terhadap gluten.
  5. Functional bowel disease– sindrom iritasi usus (irritable bowel syndrome).

Apakah Tanda Dan Simptom Cirit-Birit?

  • Membuang air besar dengan lebih kerap.
  • Najis berair dengan/tanpa lendir.
  • Mual atau muntah-muntah.
  • Demam.
  • Sakit/kejang perut.
  • Kembung perut.
  • Hilang selera makan.
  • Kanak-kanak mungkin kelihatan normal atau mungkin ada tanda-tanda dehidrasi (penyahhidratan).

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

Bagaimana Mengenal Dihidrasi?

  1. Dihidrasi ringan dan sederhana
    Mulut dan lidah kering.
    Bibir merekah.
    Tiada atau hanya sedikit sahaja air mata jika menangis.
    Tidak kencing selama 4-6 jam (lampin tidak basah dalam tempoh tersebut).
    Ubun-ubun kepala bayi tenggelam.
    Meragam.
  2. Dihidrasi teruk
    Kulit kering dan berkedut.
    Kanak-kanak kelihatan tidak bermaya, sangat letih dan tidak aktif.
    Mata cengkung.
    Sukar bernafas.
    Nadi yang lemah dan sangat cepat.
    Tangan dan kaki terasa sangat sejuk.
    Enggan makan.

Apakah Tanda Yang Bahaya Yang Perlu Diberi Perhatian?
Dapatkan rawatan dengan segera sekiranya anak anda ada tanda-tanda ini:

  • Tanda-tanda dehidrasi.
  • Darah pada najis atau najis bewarna kehitaman.
  • Cirit-birit yang berterusan hingga melebihi 48 jam.
  • Susut berat badan.
  • Keadaan mengantuk atau kelalian.
  • Demam > 38°C.
  • Enggan makan.

Apakah Kesan Komplikasi Cirit-Birit Yang Teruk?

  • Organ badan tidak berfungsi termasuk kegagalan ginjal.
  • Jangkitan sistemik melibatkan keseluruhan badan (systemic infection).
  • Kurang toleransi terhadap laktosa peringkat sekunder (secondary lactose intolerance).
  • Rasa sakit di sekeliling kawasan dubur.
  • Kematian.

Bagaimana Mengurus Kanak-Kanak Yang Mendapat Cirit-Birit?
Rehidrasi. Adalah penting untuk menggantikan air dan mineral dalam badan yang hilang untuk mencegah dehidrasi. Teruskan penyusuan susu ibu disamping memberi minum air garam rehidrasi (oral rehydration salt – ORS). Sekiranya bayi tidak menyusu badan, teruskan memberi bayi makanan biasa dan minum air garam rehidrasi. Gunakan sudu atau picagari kecil untuk memberi ORS sebanyak yang mungkin dan biasanya tidak melebihi apa yang anak anda boleh minum. Sekiranya anak anda mempunyai tanda dehidrasi atau tanda-tanda yang bahaya atau anda tidak pasti apa yang perlu dibuat, sila jumpa doktor anda untuk rawatan lanjut.

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

Fasa Pemulihan

  • Apabila keadaan anak bertambah baik, teruskan memberi ORS dan menyusu badan. Dengan perlahan-lahan tambahkan jumlahnya apabila selera anak anda telah kembali.
  • Makanan biasa boleh dimulakan selepas 24 hingga 48 jam jika anak anda terus bertambah pulih.
  • Keadaan najis mungkin akan mengambil masa sehingga 7 hari untuk kembali seperti biasa (sebahagian daripada proses pemulihan).

Susu

  • Elakkan daripada menukar susu formula sesuka hati.
  • Dapatkan nasihat doktor jika anda rasa susu formula yang anda berikan kepada anak anda tidak sesuai untuknya.

Ubat-Ubatan
Ubat untuk menghentikan cirit-birit hendaklah dielakkan kerana:

  • Tidak selamat untuk bayi dan kanak-kanak.
  • Akan mengganggu keupayaan badan untuk menghapuskan jangkitan.

Antibiotik
Secara umumnya tidak perlu tetapi kadang kala diberi oleh doktor untuk jangkitan bakteria usus yang jarang-jarang berlaku. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai rawatan ini.

Krim-Krim Sapu
Krim seperti jeli petrolium dan zink oksida boleh membantu melegakan kesakitan bahagian punggung bayi yang sakit.

Rawatan Untuk Cirit-Birit Berlarutan ( Kronik )
Penilaian dan siasatan lanjut perlu dilakukan oleh doktor sebelum menentukan rawatan yang khusus untuk kes-kes cirit-birit berlarutan yang biasanya disebabkan oleh penyakit serius.

Bagaimana Cirit-Birit Boleh Dicegah Daripada Kanak-Kanak?

  • Pastikan air minuman anak anda bersih dan dimasak.
  • Pastikan anak anda gunakan alatan yang bersih untuk makanan dan minuman.
  • Untuk kanak-kanak yang menggunakansusu botol, pastikan botol bayi disterilkan.
  • Elak makanan yang mentah kecuali disediakan oleh anda sendiri dengan bersih.
  • Cuci tangan dengan bersih selepas menyediakan makanan mentah seperti daging, menggunakan tandas, menukar lampin dan sebelum memegang makanan.
  • Buang lampin pakai dengan betul.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗