. . .
18402835 10206886751606909 3147265976664712194 N

8 Signal Ini Petanda Anak Kita Genius

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Potensi sama ada seorang anak itu membesar sebagai anak yang bijak sebenarnya boleh dilihat sejak dia usia dua tahun lagi. Biasanya kanak-kanak ini akan menunjukkan beberapa tanda yang boleh dijadikan panduan kepada papa dan mama.

Anak genius adalah anak yang mempunyai kemampuan melebihi kanak-kanak lain seusianya. Untuk memastikan lagi tahap kecerdasan si anak, anda sebenarnya boleh membawa anak melakukan ujian IQ apabila dia berusia tiga tahun. Anak yang memiliki IQ 130 atau lebih dikategorikan sebagai anak genius. Namun, walaupun tinggi tahap kecerdasan anak, dia tetap perlu mendapat rangsangan dan bimbingan untuk mengoptimumkan kebolehannya.

Sebagai permulaan, anda boleh mengetahui potensi anak ketika dia berusia dua hingga empat tahun. Antara tanda-tanda umum dimiliki oleh kanak-kanak genius adalah seperti berikut:

1. Cepat belajar. Contohnya dia boleh menyusun permainan puzzle dengan cepat dan tepat melebihi kemampuan yang dilakukan oleh kanak-kanak lain seusianya.

2. Mempunyai daya ingatan yang kuat. Dia boleh ingat ayat yang baru sekali didengari ketika anda membacakan dia buku.

3. Menguasai kosa kata dan membuat ayat lengkap melebihi kanak-kanak seusianya.

4. Suka membuat aktiviti menyelesaikan masalah terutama berkaitan angka.

5. Mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi dan selalu bertanya soalan yang tak diduga daripada kanak-kanak usianya.

6. Mempunyai tahap humor yang tinggi ketika memberi tindak balas pada sesuatu atau telatahnya yang boleh membuatkan orang sekeliling ketawa kerana kelucuannya.

7. Mempunyai daya imaginasi yang tinggi.

8. Mempunyai jarak waktu fokus yang lebih lama berbanding kanak-kanak seusianya.

Sekiranya anak-anak anda mempunyai tanda-tanda berikut, bantulah untuk merangsang otaknya mencapai tahap optimal dalam penguasaan pembelajaran supaya dia terus menjadi anak yang cemerlang dan ceria tanpa tekanan.

18402835_10206886751606909_3147265976664712194_n

Tajuk Idaman Dunia

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗