. . .
20170520 023238

Akhirnya, ku ceritakan Kisahku terbersalin di rumah

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Perkongsian ini hanyalah dari penulis yang kehidupannya biasa sahaja. Namun asbab pengalaman yang Allah beri ni bukan biasa2 ain nak berkongsi pada semua.

Tanggal 9 April adalah hari lahir anak sulongku. Izyan Humyra namanya. Sempat lagi aku berkata pada suami, ” abang.. harini hari jadi rara, kita takde apa2 langsung buat kat dia. Sian dia….”

Waktu indah tahajjud mengejutkan aku. Sekitar pukul 3pagi 10 April keesokannya, sakit sekitar perut dan pinggang datang dan pergi. Perut mengeras.

Aku tak lepaskan peluang untuk buat solat sunat waktu ni. Alhamdulillah, bila sujud rasa amat lega.

Memang tak dapat tidur la. Aku langsung kejutkan suami untuk mengurut belakang badan. Memang rasa lega dan tenang.

Azan berkumandang tanda subuh dahpun sampai. Aku dan suami bersiap untuk solat, alangkah terkejutnya, keluar darah setompok tanda dekat nak masuk fasa bersalin. Aku juga alami cirit birit.

Lepas solat, aku memang aktif, kemas barang baby, kemas rumah, bersenam, ambil nafas panjang dan terus tenang.

Aku siapkan barang2 untuk ke hospital. Sampailah pada pukul 10 pagi. Sakit tu makin kuat. Maka, naluri sebagai ibu yang Allah anugerahkan buatkan aku yakin ” nak bersalin dah ni…” aku pergi tandas memang cirit birit la, tiba2 sakit kuat datang dan keluar sesuatu.

Tapi… bukan baby, kali kedua, aku panggil suami lalu terus bangun. Tak sangka posisi berdiri yang terpilih untuk bayi keluar.

Aku cuma mengamalkan deep breathing. Mengawal tarik hembus nafas secara baik. Memang mudah je bayi meluncur keluar tanpa aku teran.

Allah. Nampak suami aku pegang bayi lepas sambut tu. Mata bayi terbuka luas dan bila aku pegang je, bayi terus menangis. Sambil tu sempat lagi bayi berak kencing. Memang lucu dan comot waktu tu.

Lepas je bersalin, ku tunggu uri keluar dan waktu ini ku menikmati saat istimewa dapat memegang anak yang aku tak rasa sewaktu kelahiran sebelumnya. Alhamdulillah.

Syukur, bilamana doa yang tak putus tiap kali lepas solat, membayangkan yang baik akan berlaku dengan bersangka baik pada Allah. Aku akhirnya dapat kelahiran yang diharapkan. Ya, di hospital memang selamat, tapi di rumah juga selamat andai si ibu faham tentang cara tubuhnya bagaimana dan menjaga diet sepanjang fasa mengandung.

Aku mulanya tak merancang untuk melahirkan anak di rumah, namun ada aku berdoa muga Allah berikan kelahiran yang mudah dan indah seperti kisah Si Maryam ibu Nabi isa, Allah memakbulkan.

Kesimpulan yang ingin aku berikan. Percaya pada Allah dan usaha setanding dengan keputusan yang diambil. Allah akan menilai usahamu bukan sejauh mana kau berjaya. Dia maha adil lagi bijaksana. Dia juga maha penyayang.

Sepanjang aku mengandung, aku menjaga diet yang baik dengan makanan sebenar, senaman yang betul dan semestinya aku terus mengamalkan makanan minuman sunnah seperti susu kambing i-Sunnah™ sebagai pembekal protein dan kalsium buat aku dan kandungan.

Semasa berpantang juga aku mengamalkan susu i-Sunnah™  dengan ekstrak kurma sebagai penambah tenaga dan melancarkan penyusuan.
Antara perkongsian…

Minuman Sunnah 1 Amalan
Di dalam Sunnah Ada Kejayaan.
Boleh je >>> ((( Klik Kat Sini Lekas )))

20170520_023238

Tajuk Idaman Dunia

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗