. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Adab Sambut Kelahiran Bayi

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

Amalan serta adab yang dituntut saat menyambut kelahiran bayi:

Sujud Syukur
Melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Suami boleh lakukan di mana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok dilakukan sebaik sahaja anak keluar daripada rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah (tasbih, takbir dan tahmid)

Lafazkan Azan dan Iqamah
Sunat bagi seorang bapa melafazkan azan ke telinga kanan bayinya dan iqomah pada telinga sebelah kirinya. Perbuatan ini pernah dilakukan oleh Rasulullah sewaktu menerima kehadiran cucu pertama dari puterinya Fatimah. Sebuah hadis dari Ibnu Abbas beliau menyebut, bahawa Rasulullah telah melakukan azan di telinga Hassan b. Ali pada hari ia dilahirkan dan Baginda juga melakukan iqomah pada telinga kirinya.

Doa Keselamatan
Memohon doa keselamatan untuk anak supaya dijauhkan daripada gangguan syaitan. Apa-apa sahaja doa yang diketahui oleh ibu bapa boleh dibacakan. Nabi Muhammad s.a.w juga melakukan amalan ini apabila cucundanya lahir.

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

Tahniq
Sunat mentahniqkan dengan sesuatu yang manis ke mulut bayi seperti buah tamar, pisang dan sebagainya. Caranya ialah dengan mencalitkan atau meletakkan sebahagian kecil sahaja dari cebisan buah tersebut ke mulut bayi.

Ucap Tahniah
Sunat juga mengucapkan tahniah kepada mereka yang baru mendapat cahaya mata dengan menyebut, ‘Semoga Allah memberikan keberkatanNya kepadamu dengan kurniaan ini dan bersyukurlah kepada Allah.

Tanam Uri
Tanam uri dengan segera kerana ia adalah benda kotor dan najis. Menurut Ustaz Abu Hasan, uri tersebut tidak perlu dibersihkan seperti dilakukan sesetengah masyarat yang membersihkan uri dengan garam dan asam gelugor. Sebaiknya bungkus terus dan segera ditanam. Elok ditanam di tanah yang keras dengan mencangkul dalam tanah untuk mengelakkan daripada dikorek dan dimakan binatang. Selain itu dia juga mengingatkan ibu bapa agar jangan percaya kepada amalan sesat yang menanam uri bersama objek lain kerana percaya memberi nasib yang baik kepada bayi. Amalan itu boleh merosakkan akidah.

Menamakan Anak
Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak. Nabi menyuruh ibu bapa memberi nama anak pada hari ke-7 atau secepat yang boleh.

Aqiqah
Sunat membuat aqiqah yang bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti kambing,lembu,kerbau atau unta dan lebih afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Hadis Abu Daud ada menyebut aqiqah dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT supaya mendekatkan anak kepada Allah. Daging sembelihan hendaklah disedekahkan kepada orang sekeliling supaya mereka tahu tentang kelahiran anak anda. Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak. Sunah Rasulullah menyuruh aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.

Cukur Rambut
Sunat mencukur rambut di kepala bayi pada hari ke 7 dan menamakan bayi itu dengan nama-nama yang baik serta melakukan aqiqah untuknya. Berat rambut bayi yang dicukur ditimbang lalu dikeluarkan sedekah emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Rasulullah pernah mengarahkan kepada puterinya Fatimah dengan sabdanya, ‘Hendaklah engkau timbang rambut Hussain ini dan bersedekahlah dengan perak mengikut berat timbangannya’.

Mengkhatankan Anak
Hadis daripada Al-Baihaqi menyebut Rasulullah bukan hanya menyembelih kambing tetapi turut mengkhatankan bayi baharu lahir pada hari ketujuh. Berkhatan bagi lelaki bertujuan untuk kebersihan, mencegah penyakit dan seksual. Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan satu kewajiban bagi lelaki. Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bagi perempuan.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗