. . .
19244443 732648683584867 1854009034 N

8 Tips Keselamatan Sebelum Balik Kampung

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Tak lama lagi kita akan bercuti panjang sempena Hari Raya Aidilfitri. Yahooo !! Tapii, sebelum balik kampung dan bercuti, pastikan juga keselamatan dititikberat supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Jom kit abaca tips sebelum balik kampung ni. Semoga ianya bermanfaat untuk kita.

 

1.Simpan barang berharga di tempat yang selamat

Pastikan kita menyimpan barang-barang berharga di tempat yang selamat. Kalau takde gak, boleh la bawa sekali balik kampung. Hehe.. Bukan apa, takut semasa kita balik bercuti, pencuri pula membuat onar dengan memecah masuk rumah orang. Jadi, kite kene ambil langkah berjaga-jaga sebelum perkara buruk berlaku.

 

2.Bukak kepala tong gas

Sebelum balik bercuti panjang, seeloknya kita membuka kepala tong gas. Hal ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kebakaran yang tidak diingini. Paling penting, jangan biarkan injap gas terbuka kerasa takut berlaku kebocoran. Jangan lupa yer !

 

3.Kosongkan air kolah

Semua mesti tahu kenapa kita mesti mengosongkan air kolah. Ini kerana, kita tidak mahu nyamuk ‘berpesta’ di dalam kolah yang berisi air dengan bertelur. Jadi kosongkan air kolah supaya kita tidak menjadi sebab tempat pembiakan nyamuk aedes.

 

4.Tutup punca kuasa elektrik

Pastikan sebelum balik kampung kita sudahpun memeriksa semua plug dan pastikan kita tutup dan cabut plug dari soketnya. Ambil langkah berjaga-jaga kerana malang selalunya tidak berbau. Jika kita alert, inshaAllah tiada apa yang akan berlaku.

 

5.Maklumkan kepada jiran

Sekiranya jiran tidak balik kampung, seeloknya kita memaklumkan kepada mereka. Mungkin jiran kita dapat menjenguk rumah kita sepanjang ketiadaan kita.

 

6.Buka lampu dalam rumah

Perkara ini sangat membantu. Sekiranya ada automatik suis, pastikan set untuk membuka lampu pada waktu malam. Sekiranya rumah kite berlampu, pasti orang akan mengagak yang terdapat orang di dalam rumah.

 

7.Kunci semua pintu dan tingkap

Pastikan kita mengunci pintu dan tingkap sebelum balik kampung. Check betul-betul kerana pencuri mempunyai banyak cara untuk memasuki rumah. Jadi pastikan kita telah mengunci dengan selamat pintu dan tingkap rumah.

 

8.Membaca doa

Allah adalah sebaik-baik penjaga. Setelah kita berusaha, kita bertawakal kepada Allah, mintak kepada Allah agar menjaga rumah kita. InshaAllah.

 

Semoga dengan 8 Tips Keselamatan Balik Kampung ini dapat membantu korang semua bercuti dengan perasaan yang gembira dan tidak risau. Kita berusaha selebihnya kita bertawakal kepada Allah. Selamat bercuti 😊

19244443_732648683584867_1854009034_n

Tajuk Idaman Dunia

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗