. . .
Hqdefault

8 Rahsia Balik Kampung Naik Motor

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

8 Basic balik kampung naik motor

Salam Sejahtera.. Sebelum kita balik kampung, mesti la tunggangan kita kena servis. Kang jadi apa2 tengah highway, menangis lagu dendang perantau. Orait.. sini ada beberapa basic untuk check motor sebelum memulakan perjalanan.

1. Minyak hitam
🔸Ini paling penting. Pastikan tukar
yang sesuai perjalanan jauh. Kalau
rasa dah lama tak tukar tu, elok la
tukar sekali dengan filter oil.

2. Spark plug
🔸Ni kalau kong, naya check oii… tak
dak combustion macam mana nak
ada power kan.. alamatnya.. tak
gerak la motor tu.

3. Tayar
🔸Tayar yang disarankan ialah jenis
tubeless. Kalau paku tercucuk
kat tayar tu tak risau, just cabut
dan masukkan cacing ( orang
panggil cacing, nama saintifik
aku tak tau.. haha).. Macam-
macam brand dan harga kat
pasaran. Pilih ikut kemampuan
masing-masing.

4. Rantai
🔸 Check rantai sebelum ride, tak
pun suruh kawan2 yang expert.
Minyak rantai jangan lupa spray
plak ye.

5. Bateri
🔸 Jangan lupa check bateri
terutama sekali jenis fi ( fuel
injection ). Bateri kong abis satu
motor tak boleh hidup. Nak lagi
senang, pasang voltmeter..
settle masalah. Harga pun
berpatutan.

6. Baju Reflect
🔸 Ini bagi yang nak jalan malam.
Wajib pakai untuk safety
tambah kalau lampu belakang
terbakar dan kita tak sedar, baju
reflect sebagai backup.

7. Air coolent
🔸Bagi motor yang ada radiator
atau coolent, tambah atau
tukar air coolent anda untuk
penyejukkan injin anda supaya
perjalanan anda lebih selesa
dan cepat sampai… huhu..

8. Petrol tambahan
🔸Standby minyak petrol
tambahan kalau rasa motor
tu minyak kuat dari normal. Isi
ja dalam botol yang rasa
sesuai, agak2 cover nak
sampai RNR. Tak payah la kita
nak buat aksi tolak motor tepi
highway.

Nota tambahan : sediakan tools untuk apa2 emergency atau nak tolong rider lain. Menunggang dengan cermat, mata tajam dan ingatlah orang tersayang.

🎆❤Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.❤🎆

voltmeter rizoma PicsArt_06-18-06.05.33 hqdefault

Tajuk Idaman Dunia

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗