. . .
IMG 1119

7 Hari MencintaiMU

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Assalamualaikum..
Salam sejahtera..
Salam penuh mesra dari saya untuk semua..

Ni haa..nak kongsi satu tips hari-hari ceria dan tenang. Tapi bukan tips rahsia pun sebab dah ramai sangat yang tau.
Dan bukan tips sangat pun sebenarnya tapi lebih kepada perkongsian ulangan…haaa gittuu…
Tapi dalam ramai-ramai yang tau tu tak pastilah ramai mana yang praktikkan dan ramai mana yang sentiasa ingat untuk amalkan.
Dan yang lagi haru, dalam ramai-ramai yang tau tu jugak, salah sorang tu awak ke..? Ye..awak yang tengah semangat baca artikel saya ni.Hokey semua, jom kita terus baca…

Orang kata,
Cintakan bunga, bunga akan layu,
Cintakan manusia,manusia  akan mati,
CINTAKAN ALLAH  itu yang kekal abadi, itulah cinta yang hakiki.

Basahkan lidah dengan kalimah-kalimah sakti yang mudah difahami. Didiklah hati untuk titipkan rasa rindu dengan sentiasa memuji sang pencipta Cinta itu sendiri,
dengan 7 kalimah  sakti mudahan 7 hari yang kita lalui setiap saat dan setiap detik itu dirahmati dan diberkati sepanjang tahun sampailah mati.

Apa kalimah tu ye..? Ni lah salah satu terapi hati ; ZIKIR HARIAN.
Zikir itu sendiri  bererti “ingat” atau “sebut”. Mengingati Yang Maha Esa dengan menyebut kalimah suci dan nama-nama Allah. Selain daripada ibadah lain seperti solat dan bersedekah, amalan zikir adalah
satu amalan yang boleh memberikan banyak manfaat dan kelebihan kepada mereka yang mengamalkannya; bukan sahaja pahala, dengan berzikir juga, membantu hati dan jiwa kita akan tenang dan segala urusan
akan dipermudahkan. In shaa Allah. Zikir adalah satu method yang sangat mudah un
tuk top-up pahala kita kan..? Sambil-sambil drive ke, sambil masak ke,dah boleh kumat-kamitkan mulut tu sebut kalimah-kalimah ni,mudahkan..? Apa tunggu lagi, jom bersama mulakan pada mereka yang belum pernah buat, dan jom kita teruskan pada mereka yang dah mula amalkan. Biar jadi ‘tabiat’ sepanjang zaman.

 

ZIKIR HARI ISNIN

لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ اِلا بِا للهِ الْعَلَيِ الْعَظَيْمِ
Laa haula walaa quwwata illaa billa hil aliyyil ‘azim
(Tiada daya dan upaya kecuali dengan kurniaan Allah yang maha besar)

ZIKIR HARI SELASA

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad
(Allah berselawat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad)

ZIKIR HARI RABU

اَسْتَغْفِرُ الله الْعَظِيْمِ
Astaghfirullahal’azim
(Aku memohon keampunan kepada Allah)

ZIKIR HARI KHAMIS

سبحان الله و بحمده  سبحان الله العظيم

Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim
(Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung)

ZIKIR HARI JUMAAT

يَا اللهُ

Ya Allah
(Wahai Allah)

ZIKIR HARI SABTU

لا اِلَهَ اِلا اللَّه
Laa ilaha illa Allah
(Tiada tuhan melainkan Allah)

ZIKIR HARI AHAD

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ
Yaa Hayyu yaa qoyyum
(Wahai yang sentiasa hidup dan sentiasa kekal)

Haa..betul tak..? Ramai dah tau kan..?  7 hari kita lalui tu ada tak kita terlupa nak sebut..? Anggaplah perkongsian saya ni, sebagai satu peringatan mesra untuk semua termasuklah diri saya sendiri
yang dok ingat sokmo kadang kala terlupa. Yela..dah tau tapi tak sepenuh amalkannya, bukan hal rumit tapi di sebabkan lupa.

Eh..lepas ni nak kongsi doa untuk orang pelupa pulak lah, ada yang nak tau tak..? Doa dan zikir  simple yang lain pun ok jugak kan. Takyah fikir doa or zikir lain dulu lah, meh kita amalkan
Zikir ‘7 Hari mencintaiMu’ ni dulu.. Mudahan apa yang kita amalkan ni menjadi satu timbangan yang berat dan mendidik hati untuk sentiasa dekatkan diri padaNya saat senang atau sedang derita.
Dan ringan-ringankan lah  “share”  sebagai satu usaha kita berkongsi ilmu dan menambah pahala kita. Jom lekas kita amalkan dan sebarkan kebaikan.

Sehingga berjumpa lagi…

Cerita kami.. Ragam kami..
Semuanya di sini (( Kisah Kami ))

 

 

IMG_1119

Tajuk Idaman Dunia

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗