. . .
Baby With Spoon S640x427

5 TIPS SAHUR BERKESAN KEKAL BERTENAGA KETIKA BERPUASA

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Masa sahur adalah tempoh penting untuk berpuasa. Nampak remeh kan bangun awal pagi nak makan tapi besar hikmah disebaliknya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bersahur itu berkat, sebab itu janganlah kamu tinggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, kerana Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk orang yang bersahur.” (riwayat Ahmad)

Lihat, betapa besar makna sahur walaupun seteguk air. Okey, kini saya nak kongsikan 5 TiPS SAHUR BERKESAN KEKAL BERTENAGA KETIKA BERPUASA.

1. Sumber KARBOHIDRAT

Tubuh kita mendapat bekalan tenaga daripada makanan karbohidrat seperti roti, nasi, bubur dan kuih-muih. Pengambilan karbohidrat kompleks ketika bersahur adalah amatlah disyorkan.

Bergantung kepada kuantiti yang diambil, karbohidrat kompleks mengambil masa kira-kira 8 jam untuk dicernakan sepenuhnya.

2. Sumber PROTEIN

Sertakan juga dengan pengambilan protein kerana struktur protein yang lebih kompleks akan melambatkan lagi proses pencernaan. Pilihlah protein yang rendah Biological value (BV) kerana lebih rendah nilai BV, maka lebih lambat protein itu diguna pakai oleh badan.

Contoh makanan yabg disyorkan ialah Ikan (83), Daging (80), Ayam (79),Casein (80), Soya (74) dan kekacang (49).

3. Lewatkan SAHUR

Bagi mengelakkan rasa lapar, letih dan tidak bertenaga semasa berpuasa, anda perlu memaksimumkan simpanan glikogen (Glikogen merupakan simpanan karbohidrat dalam bentuk glukosa di dalam tubuh yang berfungsi sebagai salah satu sumber tenaga).

Caranya ialah dengan melewatkan sahur, kerana glukos daripada sumber karbohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama.

4. Minum AIR

Pastikan jumlah pengambilan air adalah mencukupi. Ini kerana keletihan utama ketika berpuasa adalah disebabkan oleh kurangnya air dalam badan dan bukannya disebabkan perut terasa lapar atau tak cukup makan (melainkan anda memang tak sahur pada awal pagi tersebut).

Berapa banyak yang diperlukan? 3-5 gelas air, diagih secara berperingkat dari awal sahur, hinggalah ke akhir sahur.

5. Ambil makanan LAMBAT HADAM

Ambil makanan yang lambat dihadam seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin,roti mil, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan-makanan ini mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang akan berada lama dalam perut dan melambatkan rasa lapar

Semoga 5 TiPS yang saya kongsikan ini bermanfaat bagi semua untuk kekal bertenaga sepanjang hari sehingga waktu berbuka puasa. Selamat Berpuasa ! 😉

Jenama Idaman Penduduk Dunia
KLIK >>> ((( Kat Sini )))

baby_with_spoon_s640x427

Tajuk Idaman Dunia

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗