. . .
IMG2 29924

5 TIPS KEKAL SIHAT SEPANJANG RAMADAN

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kesihatan juga sangat perlu di jaga semasa berpuasa. Ini kerana, sekiranya kita tidak menjaga kesihatan bagaimana kita mampu untuk berpuasa? Cara untuk menjaga kesihatan adalah mengamalkan gaya hidup dan diet yang sihat.  Gaya hidup yang dilakukan perlulah bersesuaian dengan keadaan pada bulan Ramadan.

 

1.Minum air secukupnya

Pada bulan puasa, badan kita perlulah mendapatkan air yang secukupnya. Sekurang-kurangnya orang lelaki memerlukan sekitar 10 gelas air sehari manakala perempuan memerlukan 8 gelas sehari. Rancang jadual minum air anda mulai daripada berbuka sehingga sahur agar dapat minum air yang cukup.

Elakkan mengambil minuman yang manis dan berkafein. Minuman yang berkafein akan menyebabkan dehidrasi pada badan.

 

2.Jangan makan terlalu banyak

Kebanyakkan orang berfikir bahawa perut sudah terlalu lama menahan lapar dan mengambil jumlah makanan yang banyak semasa berbuka. Perkara ini sangat tidak digalakkan. Makanlah secara berhemah dan tidak terlalu banyak. Seeloknya berbuka dengan kurma terlebih dahulu. Buah kurma mengandungi magnesium, potassium dan serat.

 

3.Diet seimbang

Rancanglah diet yang betul dan seimbang. Sekiranya semasa bukan bulan berpuasa, kita mengambil diet yang seimbang seperti makanan yang mempunyai protein, karbohidrat dan lemak tetapi semasa berpuasa haruslah mengambil benda yang sama agar badan mendapat keperluan yang secukupnya.

 

4.Kurangkan makan makanan yang masin dan manis

Seeloknya kurangkan mengambil makanan yang masin dan manis kerana ianya tidak berapa sihat. Sekiranya makan terlalu banyak makanan yang masin dan manis ia akan menyebabkan badan mengalami dehidrasi dan kekurangan tenaga. Ganti dengan makanan yang mempunyai nutrisi seperti buah-buahan dan oat.

 

5.Bersenam

Siapa kata kita tidak boleh bersenam semasa berpuasa? Bersenam membantu menyihatkan tubuh badan namun lakukan senaman-senaman yang ringan seperti berjalan-jalan, berjogging, berenang dan yoga.

 

Itulah beberapa tips yang boleh dilakukan untuk membantu diri menjadi sihat pada bulan Ramadan.

Selamat Mencuba dan Selamat Berpuasa.

IMG2_29924

Tajuk Idaman Dunia

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗