. . .
Taugeh

5 Khasiat Taugeh Yang Indah

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Assalamualaikum. Apabila sebut pasal taugeh, mesti ramai yang tidak menyukainya terutamanya kanak-kanak. Mungkin juga kita merasakan warna sayurnya yang tidak berwarna hijau menyebabkan ianya kurang khasiat. Namun, tanggapan itu salah sama sekali. Taugeh mempunyai beberapa khasiat yang mesti diketahui oleh semua orang.

 

1.Mengurangkan lemak

Kadar lemak dalam darah yang tinggi memungkinkan kita berisiko untuk terkena penyakit strok dan serangan jantung. Oleh itu, mereka perlu mengambil banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi yang terdapat di dalam taugeh akan membantu menghalau ‘lemak jahat’ tanpa menggangggu kandungan lemak baik.

 

2.Lebih subur

Pengambilan taugeh mampu meningkatkan tahap kesuburan bagi lelaki dan perempuan. Kaum lelaki yang gemar memakan taugeh membuatkan sperma yang dihasilkan bertambah baik.

 

3.Mencegah kanser

Taugeh mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Antaranya ialah kanavanin iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukemia, usus besar dan pancreas.

 

4.Membuang kotoran

Taugeh mempunyai banyak serat dan air dan bertindak untuk membuang kekotoran yang ada pada usus besar. Apabila kekotoran dihapuskan, ia mmapu mencegah pengumpulan bahan beracun di dalam badan.

 

5.Anti-penuaan

Taugeh mempunyai antioksida yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA yang membolehkan sesiapa yang gemar memakan taugeh akan kelihatan lebih muda.

 

Jadi, marilah kita memperbanykkan makan taugeh dan sayur-sayuran yang lain kerana sayur mendatangkan banyak khasiat kepada manusia.

taugeh

Tajuk Idaman Dunia

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗