. . .
18902145 725180790998323 203591407 N

5 Kelebihan Bersahur

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Bersahur membawa maksud makan selepas tengah malam sebelum terbit fajar bulan Ramadan (juga bulan lain sekiranya ingin berpuasa). Setiap Muslim yang berpuasa seelok-eloknya bangun untuk bersahur kerana mempunyai banyak kebaikan.

Rasullullah juga pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban yang bermaksud “Bersahurlah kamu kerana di dalam sahur itu terdapat keberkahannya.”

Antara kebaikan bersahur adalah:

1.Mendapat pahala kerana bersahur adalah amalan sunat dan menjadi sunnah Rasulullah.

2.Dapat memberikan tenaga di siang hari bagi orang yang berpuasa.

3.Bersahur juga membezakan puasa orang Muslim dan juga puasa agama lain seperti Yahudi.

4.Dapat meningkatkan ibadat kerana dapat menunaikan amalan-amalan sunat seperti melakukan solat sunat tahajud dan lain-lain lagi.

5.Setelah bersahur, kita dapat melatih diri menunaikan solat Subuh di awal waktu.

Jadi, marilah kita bangun sahur untuk mengejar pahala-pahala yang banyak. Bangunlah bersahur walaupun hanya dengan makan kurma dan air mineral.

Selamat Berpuasa 😊

18835076_725180694331666_159630076_n 18902145_725180790998323_203591407_n

Tajuk Idaman Dunia

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗