. . .
18741970 721209838062085 912812110 N

5 Cara Menghilangkan Parut Jerawat

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kita mesti akan berasa malu atau kurang keyakinan diri sekiranya muka penuh dengan parut jerawat. Jangan risau, saya kongsikan beberapa cara tradisional untuk menghilangkan parut jerawat.

 

1.Lidah Buaya (Aloe Vera)

Penggunaan lidah buaya merupakan cara semulajadi untuk menghilangkan parut jerawat. Namun, ianya susah sedikit kerana agak susah hendak mencari pokok lidah buaya bagi sesetengah orang. Sekiranya dapat mencari daun lidah buaya, belah daun itu supaya lendirnya akan keluar. Selepas itu, sapukan lender tersebut pada parut jerawat. Lakukan secara berlarutan. InshaAllah dengan izin Allah, parut akan hilang.

2.Asam Jawa

Ambil sedikit asam jawa di dapur. Kemudian, larutkan dengan air. Pastikan larutan tidak terlalu cair, seeloknya biar pekar sedikit. Selepas itu, bolehlah sapukan ramuan asam jawa tadi di kawasan berparut. Biarkan ramuan itu sehingga kering. Paling senang, lakukan pada waktu malam. InshaAllah akan hilang parut setelah beberapa ketika.

3.Madu

Gunakan madu sebagai cara lain untuk menghilangkan parut. Campur madu tersebut dengan bedak sejuk. Kemudian, tekap ramuan tersebut pada kesan jerawat. InshaAllah jika istiqamah melakukannya pasti akan hilang parutnya. Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

4.Timun

Potong timun kecil-kecil. Kemudian, kisar timun yang telah dipotong. Airnya ditapis. Gunakan hampas timun tersebut. Tampalkan hampas tersebut pada muka untuk beberapa ketika. Kemudian, cuci muka dengan air suam.

5.Daun Sirih Muda

Ambil sepuluh helai daun sirih muda. Kemudian, tumbuk daun sirih muda tersebut. Selepas itu, tempekkan pada bekas jerawat yang ada pada muka. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Istiqamah amalkan dengan izin Allah akan hilang parut jerawat.

 

Selamat mencuba !!!

18741970_721209838062085_912812110_n

Tajuk Idaman Dunia

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗