. . .
Received 1222661801104642

10 Tujuan Indah Berniaga

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Berniaga adakalanya untung adakalanya rugi. Kebaikan yang kita boleh perolehi apabila menjalankan aktiviti perniagaan banyak sekali. Di antaranya

1. Dapat ramai kawan dan kenalan yang akan memberi syafaat membantu kita di akhirat

2. Dapat memberi khidmat dan manfaat secara langsung ataupun tidak kepada orang lain

3. Bekerjasama dan bertolong bantu dalam kebaikan dan ketaqwaan

4. Melahirkan sifat mulia berakhlak tinggi seperti rajin jujur amanah bertolak ansur berlebih kurang berlapang dada dan benar dalam pelbagai urusan
5. Berpeluang menunaikan rukun Islam dengan mengeluarkan zakat membantu fakir miskin dan asnaf yang lain

6. Dapat pengalaman dan ilmu perniagaan yang sangat dituntut Islam sehingga lahir cerdik pandai dalam perniagaan

7. Beri peluang pekerjaan sebagai sumber pendapatan elak menganggur yang dilarang oleh Islam

8. Mampu memajukan agama bangsa dan negara sebagai khalifah Allah dengan menzahirkan kebesaran dan nikmat Nya sehingga manusia rasa bersyukur

9. Dapat memenuhi keperluan umat Islam dan menyediakan barangan yang halal lagi baik mengikut Islam.

10. Dapat melatih diri menyembunyikan kemarahan apabila berhadapan dengan cabaran dan karenah manusia lain.

Di dalam Islam orang yang berniaga secara jujur dianggap al jihad fi sabilillah kerana terlalu banyak kebaikannya terhadap masyarakat hasil perniagaannya itu.

“Wahai orang yang beriman. Sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? Yakni kamu beriman kepada ALLAH dan RasulNya serta berjihad di jalan ALLAH dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya”
Terjemahan
Surah al Shaff 61 Ayat 10-11

received_1222661801104642

Tajuk Idaman Dunia

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗